Save on your hotel - HotelsCombined.com

Sunday 18 November 2012

Program Asas Vokasional (PAV)

Program Asas Vokasional Di 15 Sekolah Harian Terpilih Mulai 2013. Program Asas Vokasional (PAV) yang dikhususkan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 3 akan dilaksanakan mulai tahun 2013 dalam usaha menjadikan vokasional sebagai pendidikan arus perdana, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata PAV akan menggantikan mata pelajaran vokasional (MPV) yang sedang diajar di sekolah harian dan ia adalah sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan vokasional.

"Pelajar lepasan PAV di peringkat menengah rendah kita akan benarkan melanjutkan pelajaran di kolej-kolej vokasional, sebab kita juga akan melaksanakan transformasi dengan mengubah Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional. Ini yang kita usahakan supaya vokasional akan menjadi pendidikan arus perdana setaraf Sijil Pelajaran Malaysia," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Katanya PAV akan dilaksanakan di kesemua 15 sekolah harian yang terpilih sebagai sekolah rintis untuk program itu di seluruh negara serta para pelajar yang lulus dalam PAV akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat.

Beliau berkata lanjutan daripada PAV, antara pendekatan yang diambil kerajaan adalah sama ada dengan kerjasama swasta melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) iaitu penubuhan kolej vokasional baru oleh mereka atau kementerian menghantar pelajar ke kolej vokasional sedia ada.

Mohd Puad berkata antara kaedah yang akan digunakan kementerian untuk memilih pelajar di sekolah rendah khususnya Tahun 6 bagi mengikuti PAV di peringkat menengah adalah menggunakan penilaian psikometrik.

"Kita memilih pelajar antaranya melalui penilaian psikometrik di sekolah rendah untuk melihat minat mereka...bukan menggunakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), PAV ini mempunyai penilaian psikometrik tersendiri," katanya.

Beliau berkata Kementerian Pelajaran juga akan berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia mengenai tahap kelulusan pelajar yang melanjutkan pelajaran selama tiga tahun di Kolej Vokasional sama ada tahap Diploma atau SKM Tahap IV.

Katanya pelajar lulusan PAV sewajarnya meneruskan pengajian di kolej vokasional dan ia adalah matlamat transformasi pendidikan teknik dan vokasional walaupun mereka mempunyai pilihan untuk kembali meneruskan pengajian dalam aliran sekolah biasa.

"Masalah pendidikan vokasional di negara ini, komponennya adalah 55 peratus vokasional dan teknik (Voktech) manakala 45 peratus lagi akademik, sedangkan di negara-negara maju komponen pendidikan vokasionalnya 70 peratus Voktech dan hanya 30 peratus akademik," katanya.

Mohd Puad berkata sekiranya selepas PAV mereka hanya mengikuti kursus dua tahun di kolej vokasional, ia adalah tidak mencukupi kerana di negara-negara maju sekurang-kurang perlukan tiga tahun termasuk 'job training' yang penting bagi melahirkan graduan berkemahiran tinggi.

 Terdahulu, beliau mewakili Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran menutup 'Perak Expo for Young Scientis' bertemakan 'Innovation of Science and Technology for Environmental Sustainability' yang berlangsung tiga hari berakhir Ahad. Ekspo anjuran bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris, Jabatan Pelajaran Negeri Perak, K-Perak Implementation and Coordination Corporation (KPerak), Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi antaranya bertujuan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi di kalangan pelajar dan orang ramai ke arah mengurus serta mengekalkankesejahteraan alam.

Isu Terkini ;
( UTUSAN 30 Disember 2011)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan

Pokliekayo

Kejayaan Kami

Pokliekayo

Bersama Pengarah BPTV

Pokliekayo

Tuan Pengarah menyampaikan taklimat tentang Kolej Vokasional

Pokliekayo

Pendaftaran Kumpulan Pertama Kolej Vokasional Kuantan

Pokliekayo

Laporan Kejayaan Pelajar Kami

Pokliekayo

Institusi Kesayangan Kami

Pokliekayo

RosPin produk inovasi pelajar sekolah pertama dipasarkan

Pokliekayo

Kehadiran ibubapa dalam setiap program amat menggalakkan

Pokliekayo

Kejayaan Pelajar Kami

Pokliekayo

Keseronokan terpancar di wajah setiap pelajar kami

Pokliekayo

5S Amalan Kami

Pokliekayo

Asrama Kolej Vokasional Kuantan

Gabungan Persatuan Alumni Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional Malaysia

e-SPLG

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Pengkalan Data Murid

HRMIS

Sistem Pertukaran Guru [e-GTukar]

Semakan Keputusan Kenaikan Pangkat

EPSA

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti

Yayasan Guru Malaysia Berhad

Sistem Kursus Induksi [KISSM] Perkhidmatan Bukan Guru

Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian [SPPAT]

Program Matrikulasi KPM

e-Penyata Gaji

Sistem Kursus Induksi [KISSM] Perkhidmatan Guru

Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam

e-PIDP

SSDM

eRAS

Sistem Maklumat Sekolah [SMS]

SKPK

Sistem Pematuhan Perbelanjaan Berhemat

Sistem Pertukaran Bukan Guru

EMIS

e-Payment

Semakan Penggantian Cek/EFT Batal

SPPBS

Sistem Bajet Mengurus [e-Bajet2011]

Sistem Bajet Mengurus [e-Bajet2012]

e-LA

Semakan Kelayakan Pembiayaan Pinjaman Kenderaan/Komputer

Program CSR

e-Laporan Bil

e-Perolehan

SKMM

INTAN

MARA

JPK

eJPK

CIAST