Monday, 19 November 2012
Sunday, 18 November 2012
Antara Peranan Utama Kementerian Pelajaran Malaysia Ke Arah Pencapaian Wawasan 2020
1. Transformasi pendidikan Vokasional
2. Melahirkan lulusan berkemahiran tinggi seawal mungkin yang boleh menjana pendapatan tinggi
3. Pendidikan vokasional sebagai aliran utama pendidikan negara
2. Melahirkan lulusan berkemahiran tinggi seawal mungkin yang boleh menjana pendapatan tinggi
3. Pendidikan vokasional sebagai aliran utama pendidikan negara
Tan Sri Mustafa Mansur
Presiden Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM)
Laporan Akhbar
Teks Ucapan Timbalan Perdana Menteri
Laporan Akhbar
Laporan Akhbar
Laporan Akhbar
Laporan Akhbar
Matlamat Transformasi Negara
1. Wawasan 2020
2. Status Negara Maju
3. Ekonomi Berpendapatan Tinggi
4. Warga Kerja Berkemahiran Tinggi
Program Asas Vokasional (PAV)
Program Asas Vokasional Di 15 Sekolah Harian Terpilih Mulai 2013. Program
Asas Vokasional (PAV) yang dikhususkan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga
3 akan dilaksanakan mulai tahun 2013 dalam usaha menjadikan vokasional
sebagai pendidikan arus perdana, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk
Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata PAV akan menggantikan mata pelajaran vokasional (MPV) yang sedang diajar di sekolah harian dan ia adalah sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan vokasional.
"Pelajar lepasan PAV di peringkat menengah rendah kita akan benarkan melanjutkan pelajaran di kolej-kolej vokasional, sebab kita juga akan melaksanakan transformasi dengan mengubah Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional. Ini yang kita usahakan supaya vokasional akan menjadi pendidikan arus perdana setaraf Sijil Pelajaran Malaysia," katanya kepada pemberita di sini Ahad.
Katanya PAV akan dilaksanakan di kesemua 15 sekolah harian yang terpilih sebagai sekolah rintis untuk program itu di seluruh negara serta para pelajar yang lulus dalam PAV akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat.
Beliau berkata lanjutan daripada PAV, antara pendekatan yang diambil kerajaan adalah sama ada dengan kerjasama swasta melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) iaitu penubuhan kolej vokasional baru oleh mereka atau kementerian menghantar pelajar ke kolej vokasional sedia ada.
Mohd Puad berkata antara kaedah yang akan digunakan kementerian untuk memilih pelajar di sekolah rendah khususnya Tahun 6 bagi mengikuti PAV di peringkat menengah adalah menggunakan penilaian psikometrik.
"Kita memilih pelajar antaranya melalui penilaian psikometrik di sekolah rendah untuk melihat minat mereka...bukan menggunakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), PAV ini mempunyai penilaian psikometrik tersendiri," katanya.
Beliau berkata Kementerian Pelajaran juga akan berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia mengenai tahap kelulusan pelajar yang melanjutkan pelajaran selama tiga tahun di Kolej Vokasional sama ada tahap Diploma atau SKM Tahap IV.
Katanya pelajar lulusan PAV sewajarnya meneruskan pengajian di kolej vokasional dan ia adalah matlamat transformasi pendidikan teknik dan vokasional walaupun mereka mempunyai pilihan untuk kembali meneruskan pengajian dalam aliran sekolah biasa.
"Masalah pendidikan vokasional di negara ini, komponennya adalah 55 peratus vokasional dan teknik (Voktech) manakala 45 peratus lagi akademik, sedangkan di negara-negara maju komponen pendidikan vokasionalnya 70 peratus Voktech dan hanya 30 peratus akademik," katanya.
Mohd Puad berkata sekiranya selepas PAV mereka hanya mengikuti kursus dua tahun di kolej vokasional, ia adalah tidak mencukupi kerana di negara-negara maju sekurang-kurang perlukan tiga tahun termasuk 'job training' yang penting bagi melahirkan graduan berkemahiran tinggi.
Terdahulu,
beliau mewakili Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
merangkap Menteri Pelajaran menutup 'Perak Expo for Young Scientis'
bertemakan 'Innovation of Science and Technology for Environmental
Sustainability' yang berlangsung tiga hari berakhir Ahad. Ekspo anjuran
bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris, Jabatan Pelajaran Negeri
Perak, K-Perak Implementation and Coordination Corporation (KPerak),
Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi antaranya bertujuan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran sains,
matematik dan teknologi di kalangan pelajar dan orang ramai ke arah
mengurus serta mengekalkankesejahteraan alam.
Isu Terkini ; ( UTUSAN 30 Disember 2011)
Beliau berkata PAV akan menggantikan mata pelajaran vokasional (MPV) yang sedang diajar di sekolah harian dan ia adalah sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan vokasional.
"Pelajar lepasan PAV di peringkat menengah rendah kita akan benarkan melanjutkan pelajaran di kolej-kolej vokasional, sebab kita juga akan melaksanakan transformasi dengan mengubah Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional. Ini yang kita usahakan supaya vokasional akan menjadi pendidikan arus perdana setaraf Sijil Pelajaran Malaysia," katanya kepada pemberita di sini Ahad.
Katanya PAV akan dilaksanakan di kesemua 15 sekolah harian yang terpilih sebagai sekolah rintis untuk program itu di seluruh negara serta para pelajar yang lulus dalam PAV akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat.
Beliau berkata lanjutan daripada PAV, antara pendekatan yang diambil kerajaan adalah sama ada dengan kerjasama swasta melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) iaitu penubuhan kolej vokasional baru oleh mereka atau kementerian menghantar pelajar ke kolej vokasional sedia ada.
Mohd Puad berkata antara kaedah yang akan digunakan kementerian untuk memilih pelajar di sekolah rendah khususnya Tahun 6 bagi mengikuti PAV di peringkat menengah adalah menggunakan penilaian psikometrik.
"Kita memilih pelajar antaranya melalui penilaian psikometrik di sekolah rendah untuk melihat minat mereka...bukan menggunakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), PAV ini mempunyai penilaian psikometrik tersendiri," katanya.
Beliau berkata Kementerian Pelajaran juga akan berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia mengenai tahap kelulusan pelajar yang melanjutkan pelajaran selama tiga tahun di Kolej Vokasional sama ada tahap Diploma atau SKM Tahap IV.
Katanya pelajar lulusan PAV sewajarnya meneruskan pengajian di kolej vokasional dan ia adalah matlamat transformasi pendidikan teknik dan vokasional walaupun mereka mempunyai pilihan untuk kembali meneruskan pengajian dalam aliran sekolah biasa.
"Masalah pendidikan vokasional di negara ini, komponennya adalah 55 peratus vokasional dan teknik (Voktech) manakala 45 peratus lagi akademik, sedangkan di negara-negara maju komponen pendidikan vokasionalnya 70 peratus Voktech dan hanya 30 peratus akademik," katanya.
Mohd Puad berkata sekiranya selepas PAV mereka hanya mengikuti kursus dua tahun di kolej vokasional, ia adalah tidak mencukupi kerana di negara-negara maju sekurang-kurang perlukan tiga tahun termasuk 'job training' yang penting bagi melahirkan graduan berkemahiran tinggi.
Isu Terkini ; ( UTUSAN 30 Disember 2011)
Mengapakah perlu dilakukan transformasi pendidikan vokasional ini?
Perubahan ini
diperlukan tidak lain tidak bukan untuk menyediakan tenaga kerja
terlatih yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan negara untuk memasuki
pasaran pekerjaan.
Dengan mengikuti bidang kemahiran dan teknikal serta didedahkan dengan latihan amali sejak dibangku sekolah akan membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan mudah dalam alam pekerjaan. Pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan pernah mengikuti latihan amali sangat diperlukan oleh pihak industri pada masa kini.
Dilaporkan juga hampir 80% daripada tenaga kerja yang memasuki pasaran pekerjaan adalah mereka yang hanya mempunyai kelulusan SPM. Kelayakan akademik tanpa kemahiran teknikal ini akan memberi kesan kepada kualiti pekerjaan dan pendapatan bulanan. Pendapatan permulaan sekitar RM600 hingga RM800 sebulan.
Sekiranya mereka mempunyai kelulusan diploma pendapatan permulaan boleh meningkat di antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan. Peningkatan pendapatan ini adalah selaras dengan Program Transformasi Kerajaan yang menyasarkan pendapatan tinggi di kalangan pekerja dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020.
Memartabatkan aliran pendidikan ini juga ada kaitan dengan usaha membantu kerajaan bagi menyediakan peluang pekerjaan. Peningkatan pertambahan penduduk dan jumlah pelajar yang meninggalkan bangku sekolah lebih daripada setengah juta orang setiap tahun menyukarkan pihak kerajaan dan swasta menyediakan pekerjaan.
Transformasi pendidikan vokasional ini sudah tentu akan menarik minat lebih ramai pelajar cemerlang memasuki aliran ini. Sekiranya pendidikan ini dapat menjanjikan peluang pekerjaan yang baik dan pendapatan yang tinggi kepada pelajar maka sudah tentu ibu bapa turut menggalakkan anak-anak mereka mengambil peluang untuk mengikuti aliran ini.
Diharapkan dengan memartabatkan pendidikan vokasional ini akan mempercepatkan lagi usaha untuk menyediakan tenaga kerja yang berkebolehan, berkemahiran dan berpendapatan tinggi bagi menjadikan Malaysia negara maju dalam tahun 2020.

Transformasi Pendidikan Vokasional
Apabila transformasi pendidikan vokasional dilaksanakan mulai tahun 2013 maka aliran ini tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas dua. Ketika ini umum beranggapan ia sebagai tempat pelajar yang tidak berminat belajar dalam aliran akademik. Pelajar aliran ini juga dikira kurang berpeluang untuk ke menara gading jika dibandingkan dengan sebahagian rakan-rakan mereka daripada aliran akademik yang akan memasuki kelas matrikulasi atau tingkatan enam selepas menamatkan peperiksaan SPM.
Pengumuman sistem baru pendidikan vokasional oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah melonjakkan kedudukan aliran tersebut dalam sistem pendidikan negara. Transformasi ini telah menjanjikan kelulusan hingga ke peringkat diploma secara jalan pintas melalui pewujudan Kolej Vokasional (KV) selepas tingkatan tiga.
Apa yang menarik pelajar mula didedahkan asas mata pelajaran vokasional dan boleh memilih jurusan kemahiran seawal usia 13 tahun iaitu semasa berada di tingkatan satu.
Sesungguhnya peluasan aliran vokasional dalam sistem pendidikan telah diamalkan di kebanyakan negara dan bilangan pelajarnya sangat ramai kerana ia dianggap selari dengan kemajuan teknologi dan tuntutan ekonomi sesebuah negara.
Transformasi pendidikan vokasional yang bermula pada tahun 2013 nanti memberi penekanan kepada amalan industri atau amali teknikal dan akan mengurangkan komposisi akademik. Apa yang menariknya Pendidikan Asas Vokasional (PAV) akan diperkenalkan kepada pelajar mulai tingkatan satu.
Mereka juga dibenarkan mengambil peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pada tahap satu iaitu semasa berada di tingkatan dua dan SKM tahap dua semasa berada di tingkatan tiga. Sementara itu pelajar yang mengikuti aliran vokasional ini selepas tingkatan tiga akan diberi peluang mengikuti pendidikan selama empat tahun sehingga peringkat diploma iaitu SKM tahap empat.
Kurikulumnya merujuk kepada Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan (NOSS), SKM dan lain-lain bentuk pensijilan yang diiktiraf oleh pihak industri.
Sudah sampai masanya diperkenalkan bidang bertahap tinggi seperti aviation, maritime, oil and gas, ICT, kejuruteraan, perakaunan, pengajian perniagaan dan lain-lain dalam aliran ini.
Dengan kata lain usaha memartabatkan pendidikan vokasional perlu dilaksanakan supaya berlaku perubahan landskap di mana aliran ini akan menjadi pilihan utama pelajar-pelajar dan ibu bapa seperti kebiasaan amalan di negara-negara maju.
Ketika ini dalam sistem pendidikan kita hanya 10 peratus (%) daripada jumlah pelajar yang mengikuti pendidikan vokasional. Bilangan ini dikira kecil jika dibandingkan dengan negara lain seperti Korea Selatan 28%, Thailand 41%, Indonesia 51%, Jerman 59%, Australia 62% dan Belanda 68%. Sementara itu di kalangan negara OECD yang berjumlah 44 negara puratanya ialah sebanyak 44%.
Seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri bilangan pelajar vokasional akan ditingkatkan kepada 20% pada tahun 2013. Jumlah ini boleh dicapai sekiranya pihak swasta diberi peluang dan dilibatkan sama bagi menyediakan kemudahan pendidikan tersebut.
Saturday, 17 November 2012
Maksud aliran kemahiran?
Manakala
aliran kemahiran dikhususkan kepada pelajar pencapaian PMR yang rendah
tetapi berminat kepada pembelajaran amali (hands-on). Objektif aliran
ini apabila tamat kursus akan menjadi tenaga mahir di industri atau
bekerja sendiri. Kandungan kursus aliran kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Mereka yang berjaya mengikuti kursus ini akan dianugerah dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Apakah pula makna aliran vokasional?
Aliran
vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang pencapaian baik dan
sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak
pekerjaan (vocational). Komponen pembelajaran adalah seimbang teori dan
amali. Objektif aliran ini ialah membantu melahirkan pekerja separa
profesional seperti juruteknik/ pembantu teknik.
Juruteknik Elektronik Industri
Pembantu Teknik
Apakah yang dimaksudkan aliran teknikal?
Aliran
teknikal dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik pada
peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR). Objektif aliran teknikal
adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang
kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian, perdagangan dan ekonomi
rumah tangga).
Bidang Pertanian
Bidang Perdagangan
Ekomoni Rumah Tangga
Wednesday, 7 November 2012
Aktiviti Kelab Guru: Demo Masakan Segera Tapi Berkhasiat
Demo Masakan Mee Maggi Puyuh Oleh Chef Azli
Demo Masakan Mee Maggi Ketam Oleh Chef Norhayati
Demo Masakan Piza Segera
Demo Masakan Lempeng Segera
Empat jenis resipi segera yang diajarkan oleh Chef Azli dan Chef Norhayati pada hari ini iaitu, resipi maggi puyuh, maggi ketam, piza segera dan lempeng segera. kesemua resepi ini sesuai diaplikasikan semasa aktiviti perkhemahan kokurikulum. Ianya juga sesuai untuk minum petang bersama keluarga. Kursus ini adalah percuma bagi memantapkan kerjasama dan kebolehmasakan apabila guru-guru menyertai sebarang aktiviti perkhemahan bersama dengan pelajar pada tahun 2013 nanti. Jumpa lagi dengan resipi-resipi yang lain nanti. .
Tuesday, 6 November 2012
Permohonan Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2013
Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki Penilaian Menengah
Rendah (PMR) 2012 dan berminat menyambung pembelajaran di tingkatan 4
Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional bagi sesi pengambilan
tahun 2013 bolehlah membuat permohonan sekarang.
Aliran teknikal menyediakan 5 kumpulan pakej kursus iaitu;
Pendidikan vokasional menyediakan 7 kumpulan kursus iaitu;
Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada
murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa.
Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3
hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti
murid. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa
dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.
Latihan kemahiran menyediakan 18 pakej kursus iaitu;
Kursus yang ditawarkan adalah Pakaian dan Jahitan, Menservis Motosikal, Membuat Perabot, Automotif, Tanaman, Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Penyediaan dan Penyajian Makanan, Akuakultur, Pendawaian Elektrik, Hiasan Dalaman, Visual dan Animasi
Kesihatan diri pemohon:
Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.
Aliran
Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menyediakan 4 aliran utama;- Pendidikan Teknikal
- Pendidikan Vokasional
- Latihan Kemahiran
- Pendidikan Asas Vokasional
Pendidikan Teknikal
Bidang teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.Aliran teknikal menyediakan 5 kumpulan pakej kursus iaitu;
- Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Awam
- Kejuruteraan Elektrik
- Perdagangan
- Sains Pertanian.
Pendidikan Vokasional
Pendidikan vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.Pendidikan vokasional menyediakan 7 kumpulan kursus iaitu;
- Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
- Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
- Teknologi Kejuruteraan Awam
- Hospitaliti
- Perniagaan
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Pertanian
Latihan Kemahiran
Latihan kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Latihan kemahiran menyediakan 18 pakej kursus iaitu;
- Pemesin Am
- Jurukimpal / Juruteknik Kimpalan
- Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
- Juruteknik Automotif
- Mekanik Kenderaan Motor / Mekanik Automotif
- Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
- Furniture Maker
- Jurubina Bangunan
- Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
- Jurupaip
- Juruteknik Elektrik
- Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan
- Demi Chef
- Pembuat dan Mereka Pakaian Wanita
- Pendandan Rambut
- Jurukecantikan
- Juruteknik Akuakultur
- Pekerja Ladang Pertanian
Pendidikan Asas Vokasional
Kursus Rintis Program Pendidikan Asas Vokasional pula dijalankan di 15 buah Sekolah Menengah Kebangsaan dan menawarkan 11 kursus.Kursus yang ditawarkan adalah Pakaian dan Jahitan, Menservis Motosikal, Membuat Perabot, Automotif, Tanaman, Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Penyediaan dan Penyajian Makanan, Akuakultur, Pendawaian Elektrik, Hiasan Dalaman, Visual dan Animasi
Senarai Kolej, Sekolah & Kursus
Sila rujuk Unjuran Kolej, Sekolah & Kursus untuk menyemak kursus yang ditawarkan di setiap Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik.Syarat Umum
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon hendaklah:
- Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
- Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
- Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
- Bebas dari penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
Syarat Khusus
- Pendidikan Teknikal – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
- Pendidikan Vokasional
- Kategori A – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
- Kategori B – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
- Kategori C – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
- Latihan Kemahiran – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup.

Maklumat lebih terperinci sila rujuk Syarat Khusus SMT & KV
Permohonan
- Permohonan ke SMT dan KV boleh dibuat dengan dua cara:
- Secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional 2013 .
- Secara manual dengan datang sendiri ke SMT atau KV yang berdekatan. Borang permohonan boleh diperolehi di situ.
- Kemudahan asrama disediakan di hampir semua SMT dan KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.
Temuduga
- Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT dan KV yang berkenaan.
- Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan percubaan PMR 2012 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013 adalah pada 30 Disember 2012.Keputusan Permohonan
Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan sebelum sesi persekolahan 2013 bermula.Rayuan Kemasukan
Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan melalui online atau datang sendiri ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik yang berkenaan.Pertanyaan & Maklumat
- Sila kunjungi laman web Permohonan Atas Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional 2013 dan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional KPM untuk maklumat lanjut.
- Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan Ke SMT / SMV / KV 2010, 2011 dan 2012 sebagai panduan.
- Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5031 atau e-mel info@bptv.edu.my
Monday, 5 November 2012
Kumpulan Inovasi Pengurusan Sekolah (KIPS)
Ahli Kumpulan Inovasi Pengurusan Sekolah [KIPS] bergambar kenangan bersama dengan pihak pengurusan SMVK di hadapan Galeria Sumber sehari sebelum berlepas ke Felda Residence, Trolak, Perak Darul Ridzuan bagi menberi cabaran dalam Pertandingan Inovasi SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan pada 29.10.2012 - 31.10.2012
Sunday, 4 November 2012
Saturday, 3 November 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan

Kejayaan Kami

Bersama Pengarah BPTV

Tuan Pengarah menyampaikan taklimat tentang Kolej Vokasional

Pendaftaran Kumpulan Pertama Kolej Vokasional Kuantan

Laporan Kejayaan Pelajar Kami

Institusi Kesayangan Kami

RosPin produk inovasi pelajar sekolah pertama dipasarkan
Kehadiran ibubapa dalam setiap program amat menggalakkan

Kejayaan Pelajar Kami
Keseronokan terpancar di wajah setiap pelajar kami

5S Amalan Kami