Save on your hotel - HotelsCombined.com

Tuesday 29 January 2013

Pemantauan Guru Bertugas Ke Asrama pada 30.1.2013


Terima kasih kepada guru bertugas mingguan En. Saiful Anuar, En. Norzelan dan Tn. Hj. Azhar yang telah sudi membuat pemantauan terhadap tahap makanan yang disediakan kepada penghuni asrama pada hari ini (selasa 30.1.2013)


Lauk yang dihidangkan kepada penghuni adalah sama dengan lauk yang dimakan oleh pihak pengurusan asrama dan guru bertugas mingguan


Penghuni menikmati makanan tengahari pada hari ini

Pelajar diajar untuk menguruskan sendiri sisa makanan dan pinggan gelas mereka di tapak yang telah disediakan

Pengujian dan penilaian amali elektrik

Guru melaksanakan pengujian dalam proses penilaian

Projek yang melepasi tahap pengujian akan disahkan kompeten

Monday 21 January 2013

Program Minggu Serasi Pelajar Tahun Satu 2013

Taklimat akademik disampaikan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Kolej Vokasional Kuantan




Talimat berjalan dengan lancar 



Pelajar-pelajar tekun mendengar taklimat yang diberikan

 Urusetia program




Jam Tangan Dijumpai Di Surau Kolej Vokasional Kuantan

Jam tangan ini telah dijumpai oleh seorang lagi insan yang jujur di surau Kolej Vokasional Kuantan. Pemilik jam ini boleh datang menuntutnya dengan Pihak Pengurusan Asrama Kolej Vokasional Kuantan. Semoga kejujuran menjadi amalan semua warga Kolej Vokasional Kuantan

Zalimnya Manusia Sekarang

Pokok pisang ditebang dan dibiarkan masak ditempat pembakaran sampah. Jika dibiarkan masak di pokok sebagaimana lazimnya, jika tidak dapat dimakan oleh manusia, sekurang-kurang makhluk Allah seperti burung boleh menumpang makan. Hanya manusia yang tidak berakal sanggup melakukan perkara seumpama ini,

Induk pokok pisang yang di cantas batang dan buahnya

Pokok tebu di cantas dan dibiarkan menjadi sampah

Ini bukan caranya kita nak bersihkan pemandangan. 
Sebenarnya situasi ini lebih kepada mencacatkan lagi pemandangan

Pokok tebu dicantas, di longgok, dibakar dan dibiarkan mencacatkan lagi pemandangan. Lupa kah kita, pokok tebu juga adalah makhluk Allah. Menzalimi pokok tebu tidak jauh bezanya dengan menzalimi manusia




Hari Pendaftaran Dan Minggu Serasi 21.1.2013

Pentas utama Dewan Inovasi


Taklimat disampaikan oleh Tuan Pengarah Kolej Vokasional Kuantan



 Barisan ibubapa yang hadir

                                                       Suasana di kaunter pendaftaran



 Situasi di luar Dewan Inovasi

 Situasi di luar Dewan Inovasi

 
 Situasi di khemah tambahan


Barisan Kadet Polis yang membantu melancarkan lalu lintas


Makanan disediakan untuk para petugas

Wednesday 9 January 2013

Pendidikan Vokasional Pilihan Bijak


Kolej Vokasional Menjelang 2020


Rekabentuk Pembangunan Kurikulum Kolej Vokasional


Academic Modules


Konsep Kurikulum Kolej Vokasional


Kerangka Program Sijil dan Diploma Kolej Vokasional


Sistem Baru Pendidikan Vokasional


Sistem Semester Kolej Vokasional

Jadual: Pelaksanaan sistem semester kolej vokasional

Perbezaan antara Kolej Vokasional, Sekolah Teknik, dan Latihan Kemahiran


Kolej Vokasional
  • Pengajian selama 4 tahun (  8 semester )
  • Guna sistem semester.
  •  Menamatkan pengajian dengan Diploma Vokasional Malaysia ( DVM)
  • Masa belajar 8.00 pagi ~ 5.00 petang
 Sekolah Teknik
  • Pengajian selama 2 tahun. (Ambil SPM)
Latihan Kemahiran
  • Pengajian selama 2 tahun
  • Ambil SPM (6 teras) atau SPAK(1+3)
  • Mendapat SKM (tahap 1 hingga tahap 2) atau multi skill (tahap 1)
  • Dilaksanakan di Kolej Vokasional

Kurikulum Kolej Vokasional

Bermula tahun 2013,  kesemua Sekolah Menengah Vokasional akan dinaiktaraf kepada Kolej Vokasional.  Sebagai permulaan, 15 sekolah menengah vokasional telah dipilih untuk menjadi program rintis  pada tahun 2012.  Pelajar  di Kolej Vokasional akan mengikuti pengajian selama empat tahun, meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus akademik.

Selamat Tinggal SMV Kuantan

31.12.2012 ~ Sekolah Menengah Vokasional Kuantan
1.1.2013 ~ Kolej Vokasional Kuantan

Rostrum pintar ciptaan SMVK dikomersial



Oleh Irwan Shafrizan Ismail

 DR WEE (kiri) dan Fadillah melihat Rostrum pintar di SMK Vokasional Kuantan, semalam.

 RosPin produk inovasi pelajar sekolah pertama dipasarkan

KUANTAN: Sekolah Menengah Vokasional Kuantan (SMVK) di sini melakar sejarah apabila produk inovasi Rostrum Pintar (RosPin) hasil ciptaan pelajarnya berjaya dikomersialkan.

Penciptaan RosPin iaitu rostrum yang dilengkapi mikrofon laras automatik mengikut ketinggian individu yang berdiri di situ, menjadikan SMVK sekolah pertama di negara ini berjaya mengkomersialkan produk hasil ciptaan pelajarnya.
Mikrofon berkenaan dilengkapi pengesan khas untuk menetapkan kesesuaian penggunaannya berdasarkan ketinggian bahu dan dahi individu yang berada di situ.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata RosPin hasil idea empat pelajar SMVK yang membuat produk inovasi daripada bahan terbuang pada 2008 sebelum menarik minat SIRIM Berhad dan Syarikat Muslim Global Intelek Sdn Bhd (SMGISB) untuk mengkomersial serta memasarkannya.

“Penciptaan RosPin yang memenangi Anugerah Inovasi Negara pada 2008 menjadi produk sulung bagi sekolah vokasional yang akan dipasarkan dan usaha ini satu petanda baik bagi menyuburkan budaya reka cipta dan inovasi di peringkat sekolah.

“Kejayaan ini juga petanda pelajar mula memahami pentingnya elemen kreativiti dan inovasi dalam kehidupan, sekali gus mampu menjadi modal insan berkemahiran tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran dan Menandatangani Perjanjian Pengkomersialan RosPin antara SMVK dan SIRIM Berhad dengan SMGISB di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi , Datuk Mohd Fadillah Yusof dan Presiden yang juga Ketua Eksekutif SIRIM Berhad Datuk Ir Yahaya Ahmad.

RosPin yang dilancarkan semalam adalah generasi kedua selepas SIRIM menambah baik idea yang dicipta pelajar SMVK.

Sementara itu, Mohd Fadillah berkata, produk itu akan terus ditambah baik SIRIM dan sehingga kini pada peringkat hampir sempurna sebelum boleh dipasarkan hujung tahun ini.

“Bagaimanapun, harga untuk produk ini diserahkan kepada syarikat berkaitan,” katanya.

Dalam sidang media selepas itu, Wee berkata, kementeriannya sedang merangka satu program pentauliahan bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi membolehkan pelajar terus bekerja selepas tamat persekolahan.

“Ketika ini, kita mempunyai kira-kira 86, 000 pelajar aliran vokasional serta teknik dan bagi memenuhi sasaran kerajaan untuk menggandakan bilangan pelajar kemahiran daripada 10 peratus kepada 20 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang, program pentauliahan ini perlu dilaksanakan,” katanya.

PENGANGKUTAN AWAM KE KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

 Bas Dari Terminal Makmur ~ Kolej Vokasional Kuantan
(RAPIDKUANTAN ~ Nombor 200)

Laluan 2: Bandar Indera Mahkota ke Teluk Cempedak
Kekerapan: Minima 15 minit
Jumlah bas: 7
Jangkaan Tempoh Perjalanan: 46 minit
Jarak: 18.4 km
Meliputi lokasi-lokasi utama : Kompleks Penyayang, Taman Cenderawasih, Indera Mahkota 2,
Terminal Makmur, Kolej IKIP/MRSM, Kolej Vokasional Kuantan  & Teluk Cempedak


 Teksi Dari Terminal Makmur ~ Kolej Vokasional Kuantan
(Tambang: Lebih kurang RM15 bagi satu teksi}

KEMASUKAN PELAJAR TAHUN 1 KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

Mesyuarat pemilihan kemasukan tahun 1 ke Kolej Vokasional Kuantan telah dilaksanakan pada hari isnin 7.1.2013. Pelajar-pelajar tahun 1 yang ditawarkan tempat dijangkakan akan mendaftar masuk pada hari isnin 21.1.2013.

KURSUS WAJA DIRI ANJURAN PIBG DAN KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MUQADDIMAH
Tahun 2013 merupakan tahun yang lebih mencabar bagi semua warga kolej. Ini adalah disebabkan transformasi yang besar telah berlaku, iaitu transformasi dari sekolah menengah yang menawarkan kursus-kursus vokasional ke taraf pendidikan yang bertaraf kolej. Sehubungan dengan itu, pihak PIBG juga turut merasa tempias transformasi ini dan bersedia untuk membantu pihak sekolah melaksanakan sebahagian dari aktiviti-aktiviti peningkatan sahsiah pelajar.

RASIONAL
Pelajar-pelajar perlu mengubah sikap, minda pemikiran dan tindakan sejajar dengan transformasi yang berlaku.

TUJUAN
Untuk memupuk semangat setiakawan, semangat ingin bersaing secara sihat, mengubah paradigma ke arah yang lebih positif, menerima transformasi dan lebih bermotivasi untuk belajar kepada semua pelajar tingkatan 5.

ANJURAN
PIBG dan Kolej Vokasional Kuantan dengan kerjasama Unit Pengurusan Asrama Kolej Vokasional

TARIKH PERLAKSANAAN DAN TEMPAT
11 hingga 13 Januari 2013 iaitu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Program Waja Diri akan diadakan di Kolej Vokasional Kuantan.

SASARAN
Semua pelajar tingkatan 5 yang tinggal di asrama

Saturday 5 January 2013

DIPLOMA LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA

Alhamdulillah bertambah satu lagi koleksi pencapaian peribadi salah seorang staf Kolej Vokasional Kuantan. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam bidang kemahiran. Ianya adalah setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda dan diterima pakai di seluruh dunia.

Friday 4 January 2013

JAWATANKUASA ALUMNI SMVK

Pengerusi: En. Ruslan bin Zainudin (Pengarah)
Timbalan Pengerusi: Pn. Hjh Khadijah bt Ayob (Timbalan Pengarah Akademik)
Naib Pengerusi: Pn. Manisah bt Abu Bakar (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik)
 
Penyelaras 1: En. Mustafa Kamal b. Yahya
Penyelaras 2: Tn. Hj. Azahar b. Ismail


Setiausaha: En. Mohd Najib b. Ramli


AJK:
1. En. Anuar b Md. Hashim
2. Tn. Hj. Md Zin b. Abdullah
3. En. Mohd Asri b. Ismail
4. En. Hamir b. K. M. Haider
5. En. Ahmad Rizal b. Ahmad Kamal
6. En Mazlan b. Baharudin.
7. En. Adzmi b. Yusoff
8. En Amir Azlan b. Muhammad

JAWATANKUASA PIBG

Pengerusi: En. Ruslan bin Zainudin (Pengarah)
Naib Pengerusi: Pn. Hjh Khadijah bt Ayob (Timbalan Pengarah Akademik)
Naib Pengerusi: Pn. Manisah bt Abu Bakar (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik)

Yang Dipertua: Tn Hj. Mohamad Nawawy b. Hj. Jusoh
Naib Yang Dipertua: En. Arshad b. Hj. Mukhtar

Setiausaha Kehormat: Tn. Hj. Yusoff b. Jaafar Sidek
Penolong Setiausaha Kehormat: Cik Sarimah bt. Othman

Bendahari Kehormat: Pn. Zaiton bt. Yusop

AJK Ibubapa:
1. Pn. Che Rozita bt. Che Abas
2. En. Mohamad Hisham b. Abdul Aziz
3. En. Mohd Yuseri b. Itam
4. Pn. Sumarsih bt. Markah
5. Pn. Hadizah bt. Arshad

AJK Guru:
1. Pn. Wan Hamidah bt. Wan Ahmad
2. Tn. Hj. Ab. Razak b. Mohd Yusof
3. En. Muhammad Salahuddin b. Ali
4. En. Sharul Nizam b. Turiman
5. Pn. Norhaidah bt. Sungip

Pemeriksa Kira-kira:
1. En. Kamarzaman b. Mohamed Yunus
2. Pn. Rossilawati bt. Abdul Hayet


JAWATANKUASA BENCANA ALAM

Pengerusi: En. Ruslan bin Zainudin (Pengarah)
Naib Pengerusi: Pn. Hjh Khadijah bt Ayob (Timbalan Pengarah Akademik)
Naib Pengerusi: Pn. Manisah bt Abu Bakar (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik)
Penyelaras: En. Norman b. Md. Nor


AJK:
1. Pn. Shamsiah bt. Ahmad
2. En. Mohd Sauki b. Abdul Rashid
3. En. Mokhtar b. Mohd Redan
4. En. Anuar b. Md Hashim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan

Pokliekayo

Kejayaan Kami

Pokliekayo

Bersama Pengarah BPTV

Pokliekayo

Tuan Pengarah menyampaikan taklimat tentang Kolej Vokasional

Pokliekayo

Pendaftaran Kumpulan Pertama Kolej Vokasional Kuantan

Pokliekayo

Laporan Kejayaan Pelajar Kami

Pokliekayo

Institusi Kesayangan Kami

Pokliekayo

RosPin produk inovasi pelajar sekolah pertama dipasarkan

Pokliekayo

Kehadiran ibubapa dalam setiap program amat menggalakkan

Pokliekayo

Kejayaan Pelajar Kami

Pokliekayo

Keseronokan terpancar di wajah setiap pelajar kami

Pokliekayo

5S Amalan Kami

Pokliekayo

Asrama Kolej Vokasional Kuantan

Gabungan Persatuan Alumni Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional Malaysia

e-SPLG

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Pengkalan Data Murid

HRMIS

Sistem Pertukaran Guru [e-GTukar]

Semakan Keputusan Kenaikan Pangkat

EPSA

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti

Yayasan Guru Malaysia Berhad

Sistem Kursus Induksi [KISSM] Perkhidmatan Bukan Guru

Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian [SPPAT]

Program Matrikulasi KPM

e-Penyata Gaji

Sistem Kursus Induksi [KISSM] Perkhidmatan Guru

Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam

e-PIDP

SSDM

eRAS

Sistem Maklumat Sekolah [SMS]

SKPK

Sistem Pematuhan Perbelanjaan Berhemat

Sistem Pertukaran Bukan Guru

EMIS

e-Payment

Semakan Penggantian Cek/EFT Batal

SPPBS

Sistem Bajet Mengurus [e-Bajet2011]

Sistem Bajet Mengurus [e-Bajet2012]

e-LA

Semakan Kelayakan Pembiayaan Pinjaman Kenderaan/Komputer

Program CSR

e-Laporan Bil

e-Perolehan

SKMM

INTAN

MARA

JPK

eJPK

CIAST